MR vs RM - 4

2006/11/03

Terlanjur bercakap berkenaan MR dan RM ini, ada beberapa cerita yang patut diketahui umum iaitu cerita yang berkaitan salah guna RM oleh MR dan juak-juak beliau. Oleh kerana terlalu asyiknya MR dengan RM dan menggunakan kedudukan untuk kepentingan peribadi dan juak-juak beliau, MR lupa bahawa persatuan ini kepunyaan orang ramai. Bukannya kepunyaan MR ataupun keluarga Ustaz Hanafi. Oleh kerana MR fikir persatuan ini adalah kepunyaan beliau, maka MR telah menggunakan projek-projek persatuan untuk kepentingan juak-juak dan kroni beliau termasuklah adik-beradik beliau. Pak Kaduk ingin membicarakan tentang beberapa projek persatuan yang telah disalah tadbir oleh MR dan juak-juak beliau. Ada banyak program yang boleh disentuh, tetapi biarlah Pak Kaduk membicarakan beberapa program sahaja yang Pak Kaduk fikir boleh dikongsi bersama.

Program Umrah dan Ziarah

Antara banyak-banyak program yang akan disentuh, Pak Kaduk rasa biarlah program yang berkaitan dengan ibadat iaitu Umrah & Ziarah disentuh oleh Pak Kaduk dahulu. Program pertama yang ingin disentuh oleh Pak Kaduk adalah program yang berkaitan dengan salah guna kuasa yang melampau. Umum mengetahui bahawa program Umrah dan Ziarah ini adalah dibawah kelolaan serta anjuran persatuan. Program ini telah dimulakan sejak tahun 2003 dan Umrah pertama dengan jumlah penyertaan sekitar 44 orang. Pengerusi program pada pada tahun 2003 adalah Azhar Ali dan dibantu oleh juak-juak MR yang terdiri dari Yusaini Sidek (Franky), Mohd Amin Zainul Abidin, Saifol Murad, Aminudin Dahalan, Fuad Ahmad dan beberapa orang lagi yang Pak Kaduk tidak berapa pasti sumbangan mereka sebagai AJK. Kesemua AJK yang terlibat dengan program tersebut adalah kroni dan juak-juak MR sahaja tanpa ada ’orang luar’ terlibat. Lingkaran kroni ini adalah penting untuk menutup segala macam kemungkiran yang akan dilakukan oleh puak-puak yang berperangai seperti Yakjut dan Makjut ini.

Begitulah juga dengan program Umrah yang seterusnya yang diadakan pada 2004, 2005 dan tahun ini iaitu 2006. Franky menjadi pengerusi pada 2004, Saifol Murad menjadi pengerusi pada 2005 dan Franky sekali lagi menjadi pengerusi pada 2006 ini. Semua AJK program Umrah untuk keempat-empat program ini adalah muka-muka yang sama iaitu kesemuanya adalah juak-juak MR. Selain penyertaan sekitar 44 orang untuk tahun 2003, penyertaan 2004 seramai lebih 80 orang, tahun 2005 melebihi 120 orang dan pada tahun 2006 ini adalah sekitar 45 orang. Ejen perlancongan manakah yang mendapat hak untuk mengendalikan pakej Umrah dan Ziarah ini untuk kesemua program Umrah ini? Untuk pengetahuan, ejen tersebut bernama Barakah Umhaj Sdn Bhd. Manakala nama program ini sepatutnya adalah hanya dikenali sebagai Program Umrah dan Ziarah Silat Cekak Hanafi tetapi telah diubah nama oleh MR dan juak-juak beliau kepada nama Program Umrah dan Ziarah Bersama Guru Utama. Dimasukkan perkataan ’Bersama Guru Utama’ itu adalah atas arahan MR sendiri dan ini juga merupakan salah satu kempen secara halus untuk menarik ahli untuk turut serta dalam program Umrah dan Ziarah ini. Konon untuk mengerjakan Umrah bersama-sama Guru Utama. Memang benar, kempen tersebut adalah amat berkesan ditambah pula MR sendiri berkempen kepada anak-anak murid kata-kata ’Umrah kali ni special!’ setiap kali beliau bercerita tentang Umrah. Apa yang specialnya tidaklah Pak Kaduk tahu. Yang Pak Kaduk tahu, sampai di Madinah dan Mekah pun, MR masih dengan juak-juak beliau tanpa menghiraukan orang lain. Nama sahaja program Umrah bersama Guru Utama, tetapi nak bersama Guru Utama pun amat susah nampaknya. Hanya dikelilingi oleh juak-juak beliau sahaja. MR pula selalunya berkurung dalam bilik dengan juak-juak beliau walaupun waktu azan berkumandang. Pada MR dan juak-juak beliau, program umrah ini hanya sebagai satu program melancong dan untuk MENAMBAH PENDAPATAN (ada masyukkk!!!! ) sahaja bukannya untuk beribadat. Hanya sekali-sekali sahaja beliau keluar sembahyang di Masjidil Harram. Waktu lainnya berehat di bilik, lawatan dan shopping!. Bila dah malas hendak pergi ke Masjidil Harram, difatwakan oleh MR bahawa ahli-ahli juga boleh juga bersembahyang di Masjid Kucing yang berada berdekatan dengan hotel penginapan peserta. Alasannya ialah masjid Kucing juga berada di tanah haram. Oleh itu bersembahyang di masjid tersebut adalah sama fadilatnya bersembahyang di Masjidil Haram. Punyalah mengarutnya MR ini, dari siapa beliau belajar, Pak Kaduk pun tak tahu. Kalau begitulah caranya, lebih baik sembahyang dalam bilik hotel sahaja kerana hotel tersebut berada di tanah haram juga! Satu lagi kalau hendak berimamkan MR kononnya, janganlah harap. Terutamanya waktu Subuh, Maghrib dan Isyak. Yang mungkin ada hanya waktu Zohor atau Asar sekali-sekala. Kenapa begitu? Agak-agak siapa yang boleh jawab soalan Pak Kaduk ini? Siapa yang tahu perkara ini akan senyum sendiri.....

Bayaran

Berapakah bayaran yang dikenakan kepada peserta-peserta Umrah sekelian? Bayaran penyertaan untuk Umrah yang pertama (tahun 2003) adalah sekitar RM3,850.00 seorang. Syarikat diberikan tangungjawab tersebut adalah Barakah Umhaj Travel Sdn Bhd. Bagaimanakah cara pembayaran dibuat? Pembayaran dibuat bukan melalui akaun persatuan sebaliknya dengan cara memasukkan bayaran tersebut ke dalam akaun individu atas nama Yusaini Sidek (Franky) dan Suhaimi Saad. Kenapa tidak digunakan akaun persatuan? Alasannya adalah untuk memudahkan urusan pengumpulan dan bayaran. Mengikut maklumat yang Pak Kaduk ketahui, harga RM3,850.00 ini adalah termasuk kos pengurusan sekitar RM200.00 seorang. Makna kata harga sebenar tambang yang perlu dibayar oleh perserta adalah sekitar RM3,600.00 atau jauh lebih rendah berdasarkan harga pasaran waktu itu.

Kalau dikatakan kos tambahan RM200.00 (kalau betul hanya RM200.00, Pak kaduk khuatir jumlahnya mungkin lebih) seorang diambil kira, maka jika 44 orang, jumlah terkumpul adalah sebanyak RM8,800.00. Apakah kos pengurusan yang hendak ditangung oleh pihak penganjur? Soalannya sekarang adakah semua orang yang pergi umrah itu membayar tambang? Pak kaduk mendapat maklum ada beberapa individu yang pergi dengan percuma. Siapakah mereka? Yang pertama sudah pasti MR. Beliau ini percuma kerana beliau adalah Guru Utama dan juga beberapa individu lain yang dikatakan ditaja pemergian mereka. Antaranya adalah Abang Lazim Kedah (apa khabar abang Lazim sekarang? dengarnya tidak berapa sihat sekarang. Banyakkan bersabar abang Lazim) dan juga abang Jo Marwi, Kuantan Pahang. Kedua-dua mereka ini diberikan peluang dan dan taja kerana sumbangan mereka kepada persatuan yang tidak berbelah bahagi. Jasa dan sumbangan mereka disanjung maka dengan itu pemergian mereka ke Makkatul Mukarramah adalah salah satu cara untuk menghargai dan sumbangan dan jasa mereka. Bab ini kita kena angkat tangan pada MR kerana beliau mengambil kira bab-bab begini. Bagaimana pula yang lain-lain? Yang Pak kaduk dapat maklumat , untuk program Umrah pertama ini, yang pergi secara percuma adalah Zainul Abidin Hj Hanafi dan Mokhtaruddn Hj Hanafi (ditaja) . Siapa yang bayar bagi pihak mereka? Adalah beberapa ahli-ahli yang telah sudi menaja beberapa individu tertentu dan juga kutipan-kutipan di kalangan ahli yang dibuat supaya beberapa ahli lain dapat pergi.

TETAPI jangan lupa bahawa oleh kerana persatuan pergi dengan ejen perlancong, adalah menjadi kebiasaan untuk setiap beberapa kerusi yang di beli, pihak ejen ada menyediakan satu tempat percuma. Biasanya 10 seat, 1 percuma. Dalam kes ini, Pak Kaduk tidak pasti tentang berapa kerusi percuma yang diperolehi, tetapi tentulah sekurang-kurangnya 4-5 kerusi percuma yang diperolehi. Kepada siapa kerusi percuma diberikan? Tentulah kepada AJK-AJK yang dikatakan telah bekerja keras untuk menjayakan program tersebut. Beberapa AJK umrah yang kalau tak silap Pak Kaduk pergi percuma adalah Amin Zainul Abdin, Saifol Murad, Aminuddin Dahalan dan Azhar Ali (pengerusi). Maka untuk seramai sekitar 44 orang yang pergi Umrah, mungkin hanya sekitar 35 orang sahaja yang bayar manakala yang lain adalah percuma. Itulah senarionya bagi program umrah yang pertama.

Pihak AJK juga telah menerbitkan Video Umrah pertama dan di jual pada harga RM21.00. Siapakah yang punya kerja penerbitan video ini? Benarkah video ini hasil kerja sendiri? Sebenarnya tidak. Banyak scene –scene dalam video tersebut adalah diciplak atau diedit dari video lain juga beberapa video dari TV3 oleh ’geng-geng’ mereka dengan bayaran tertentu. Apa cerita ni? Ada pembohongan yang telah berlaku. Ahli-ahli umrah telah ditipu sebenarnya. Video tersebut hanyalah menggunakan nama produksinya oleh Unit Prokduksi SCH, dengan dimasukkan beberapa shot yang ada penglibatan ahli rombongan, yang lain adalah baha-bahan yang dimasukkan dari penerbitan lain. Siapa yang tahu tentang hal ini? Tidak ramai yang tahu kecuali juak-juak MR yang terlibat dengan produksi video ini sahaja. Tentu ramai yang terkejut dengan pendedahan Pak Kaduk ini. Dari mana Pak Kaduk tahu? Jangan ditanya. Bukankah Pak Kaduk pakar strategi dan ada Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk sendiri? Pak Kaduk pun tak pasti samada MR tahu atau tidak tentang perkara ini. Kenapa dibuat begitu? Nak buat macam mana kalau MR @ Guru Utama hendak yang the ’best’. Yang paling penting mesti ada gambar MR dikeseluruhan video serta gambar MR pada poster. Kalau tidak ada, nahas semuanya!. Hendak yang terbaik tetapi kepakaran tidak ada, jadi apa jalan yang terbaik? Menipulah jawapannya!!! Kalau tidak, tentu kena ’gasak’!......

Bolehkah kita tahu senarai penuh siapakah yang pergi secara percuma berkali-kali untuk program Umrah ini? Jawapannya ialah boleh....., Pak Kaduk akan cuba usahakan untuk mendapatkannya....

Catat Ulasan