Mad Radhi vs Ringgit Malaysia (MR vs RM) - Akhir
2006/11/06
Awal pagi semalam Pak Kaduk mendapat panggilan telefon dari seorang ahli yang perihatin yang ingin memberi maklumat dan membetulkan beberapa perkara berkaitan Program Umrah dan Ziarah yang telah Pak Kaduk siarkan sebelum ini. Ahli yang tidak mahu Pak Kaduk siarkan nama beliau telah memaklumkan bahawa ada kesilapan fakta tentang siaran Pak Kaduk iaitu berkaitan dengan ejen perlancongan yang mendapat kontrak mengendalikan program pertama Umrah. Syarikat tersebut adalah syarikat lain dan bukannya Barakah Umhaj Travel Sdn Bhd. Barakah Umhaj Travel hanya menjadi ejen pengendali program tersebut untuk program Umrah ke dua, ketiga dan keempat. Oleh kerana yang menelefon itu adalah salah satu sumber Pak Kaduk, maka Pak Kaduk percaya apa yang disampaikan itu adalah benar. Tak apalah Pak Kaduk kata pada beliau, Pak Kaduk betulkanlah nanti. Ramai juga yang sms pada Pak Kaduk menanyakan kenapa disiarkan cerita Umrah dan Ziarah tersebut. Tak elok kata mereka kerana ini adalah untuk ibadat, nanti ramai yang malu. Tetapi Pak Kaduk katakan bukannya Pak Kaduk mereka-reka cerita tetapi hanya menyampaikan cerita tentang apa yang berlaku untuk makluman semua. Bukannya apa, hanya untuk semua kita sedar bahawa terlalu buruknya perilaku MR sehingga untuk berbuat ibadatpun beliau dan juak-juak beliau sanggup menipu. Apabila mendengar penerangan Pak Kaduk itu, maka fahamlah mereka namun mereka berharap tak perlulah Pak Kaduk dedahkan semua kerana mereka juga ada yang terlibat. Malulah mereka nanti kalau nama mereka keluar. Mana mereka nak sorok muka. Pak Kaduk terpaksa akur dengan rayuan sahabat Pak Kaduk itu. Pak Kaduk bukannya manusia yang tidak berhati perut. Pak Kaduk ada hati dan perasaan juga. Pak Kaduk memahami keadaan mereka. Jadi Pak Kadukpun berjanji pada sahabat ini yang Pak Kaduk akan siarkan hanya satu siri sahaja lagi dan Pak Kaduk akan tamat siaran Pak Kaduk mengenai Umrah ini.
Oleh kerana Pak Kaduk berpegang pada janji tersebut, maka siaran ini adalah siaran terakhir berkaitan Umrah dan atas tajuk MR vs RM ini untuk tatapan para pembaca sekelian. Maafkanlah Pak Kaduk kali ini kerana terpaksa ’censor’ beberapa babak yang dianggap kurang sesuai untuk 18 ke bawah.
Berbalik kepada program umrah yang dianjurkan oleh persatuan, sebanyak empat program seumpamanya yang telah dianjurkan. Ramai yang turut serta dan membayar sejumlah wang untuk pergi mengerjakan Umrah tersebut. Seperti yang dijanjikan oleh Pak Kaduk sebelum ini, Pak Kaduk telah mendapat senarai ahli-ahli dan mereka-mereka yang pergi dengan percuma ke tanah suci. Senarai mereka adalah seperti berikut :
A- Keluarga Ustaz Hanafi
1- Mad Radhi Hj Hanafi – 4 kali
2- Mazita Mohd Salleh (isteri kepada Mad Radhi) – 2 kali
3- 3 orang anak Mad Radhi – 2 kali
4- Zainul Abidin Hj Hanafi (abang kepada Mad Radhi) – 2 kali
5- Mokhtaruddin Hj Hanafi (abang kepada Mad Radhi) – 1 kali
6- Jamaluddin Hj Hanafi (abang kepada Mad Radhi) – 1 kali
7- Suraya binti Hanafi (adik kepada Mad Radhi) – 1 kali
8- Aminuddin Dahalan (adik ipar Mad Radhi @ suami Suraya) – 4 kali
9- Kak Jah (kakak ipar Mad Radhi) – 1 kali
10- Mohd Amin Zainul Abidin (anak saudara Mad Radhi) – 3 kali
11- Tarmizi Zainul Abidin (anak saudara Mad Radhi) – 1 kali
12- Humaizah Zainul Abidin (anak saudara Mad Radhi) – 1 kali
(# Yang tidak pergi Umrah bersama Guru Utama dari keluarga Ustaz Hanafi ini ialah Mak Teh dan Fauzi Hanafi. Fauzi Hanafi ini pernah berkata bahawa beliau sudah menunaikan haji, jadi tidak perlulah beliau pergi umrah. Mad Radhi telah menipu Mak Teh semasa membawa kesemua ahli keluarga Mad Radhi untuk mengerjakan Umrah dengan mengatakan bahawa Mak Cik Johor (Mak mertua Mad Radhi) yang sponsor. Sebenarnya bukan dibayar oleh Mak Cik tetapi adalah hasil penipuan harga dan menggunakan ’seat’ percuma yang perolehi untuk keluarga beliau. Mad Radhi dan juak-juak beliau juga telah duduk di kelas 'business' semasa pergi dan balik. Hebat sungguh mereka. Kononnya beliau pergi umrah adalah atas ehsan Mak Mertua tetapi mengambil kesempatan di atas kedudukan dan kepercayaan anak murid. Mak Teh sebenarnya amat berkecil hati kerana tidak diajak bersama untuk mengerjakan Umrah. Mad Radhi pula tidak mahu Mak Teh pergi bersama kerana tentu menyusahkan dan membuatkan beliau tidak boleh banyak merapu dengan juak-juak beliau)
Nama-nama lain yang turut mendapat layanan istimewa adalah juak-juak Mad Radhi yang terpilih sahaja seperti berikut:
13- Abdil Hakim Ahmadun – YDP Johor – 1 kali
14- Ismail Manaf – NYDP Johor – 1 kali
15- Sumardi - AJK Johor – 1 kali
16- Abdul Ghani @ Wak Ang – 1 kali
17- Saifol Abdul Murad & isteri – 4 kali
18- Yusaini Sidek (Franky) & isteri – 4 kali
19- Zakaria Mat (YDP Kedah) – 1 kali
20- Baktiar- 1 kali
Nama beberapa AJK dan dan juak Mad Radhi yang lain tidak disiarkan dalam senarai di atas kerana Pak Kaduk telah berjanji untuk tidak siarkan kepada seseorang sebelum ini.
Melihat ramai yang pergi secara percuma, Pak Kaduk terpanggil untuk bertanya siapa yang membiayai tambang mereka. Tidak susah untuk mencari jawapannya. Antara caranya ialah menaikkan tambang untuk setiap peserta sehingga sekurang-kurangnya RM500.00 seorang dan mengagihkan semua ’seat’ percuma kepada kroni-kroni yang berkenaan serta isteri mereka. Kalau dicongak secara mudah, bagi penyertaan sekitar 120 orang bagi umrah ke 3 misalnya, jika setiap orang yang pergi membayar lebihan sebanyak RM500.00, jadi jumlah lebihan yang diperolehi adalah sekitar RM60,000.00. Ke mana pergi duit sebanyak itu? Adakah untuk pengurusan menelan belanja sebanyak itu? Payah kita hendak menjawab ke mana perginya duit yang banyak itu. Tahukah Mad Radhi bahawa jumlah kerusi percuma tersebut sepatutnya dijual juga dan keuntungan tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam akaun persatuan. Tetapi ini tidak berlaku. Apa yang berlaku setiap kali selepas program umrah dibuat, tiada laporan kewangan secara terperinci dibuat, tiada lebihan keuntungan yang dicatat dan tidak ada senarai lengkap penerimaan dan pembayaran yang dibuat. Pernah pihak MMK meminta dibentangkan laporan kewangan, tetapi yang paling melenting adalah Mad Radhi. Kenapa Mad Radhi perlu melenting kalau tiada apa-apa salah laku dibuat?
Pihak persatuan tidak dapat menyemak butir-butir terperinci kerana akaun bank yang digunakan adalah akaun persendirin. Bagaimana hendak di semak kalau butir-butir akaun bank tidak diserahkan. Selain itu, resit-resit bayaran juga tidak disertakan. Tahukah kita bahawa sepatutnya jika ramai yang pergi, harganya akan berkurangan kerana jumlah ’seat’ percuma yang diperolehi yang diserap dalam harga tambang peserta yang lain. Tetapi perkara ini tidak berlaku. Sebaliknya harga tambang bertambah mahal dari harga asal. Ini yang pelik ni. Juak-juak Mad Radhi ini ingat orang lain tidak pernah pergi umrah ke? Orang tak tahu harga ke? Ingat orang lain tidak pernah mengendalikan program tersebut. Haru sungguh mereka ni. Kalau nak menipupun janganlah terang-terangan. Simpanlah untuk anak cucu sikit!. Tahu atau tidak bahawa ada ahli yang telah mendapat tawaran yang lebih murah dari harga yang diumumkan oleh juak-juak Mad Radhi? Yang menjadi pelik MR akan melenting dan marah atas tindakan mereka ini. Kononnya mereka ini tidak percaya kepada AJK umrah yang terdiri dari kroni-kroni Mad Radhi. Memanglah ahli ini dapat harga lebih murah sebab tidak dinaikkan sebanyak RM500 – RM600 untuk yuran 'pengurusan' seperti yang dilakukan oleh juak-juak Mad Radhi.
Pengendalian program umrah dikalangan ahli ini juga membuka peluang perniagaan kepada Mad Radhi. Melihat kepada peluang peniagaan yang wujud itu, Mad Radhi dan juak-juak beliau telah menubuhkan satu syarikat untuk mengendalikan program umrah ini yang dinamakan Cahaya Nabawi Sdn Bhd. Penubuhan ini adalah untuk mengambil kesempatan ke atas peluang yang terbentang luas dan kepercayaan anak murid terhadap Guru Utama. Syarikat ini pada mulanya hendak memohon lesen pengendalian umrah dari Kementerian Pelancongan melalui Dato’ Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Perlancongan ketika itu. Peluang bertemu Dato’ Zahid Hamidi yang hadir sebagai perasmi perlancaran 40 tahun telah digunakan sepenuhnya oleh Mad Radhi dan juak-juak beliau untuk kepentingan peribadi. Namun apabila usaha mendapatkan lesen gagal, diwujudkan pula kerjasama dengan Barakah Umhaj Travel di mana Syarikat Cahaya Nabawi Sdn Bhd akan mencari peserta yang terdiri dari ahli-ahli persatuan, dan kemudiannya menggunakan lesen Barakah Umhaj Travel untuk menjalankan program tersebut. Cahaya Nabawi akan mendapat komisen dari kerjasama tersebut. Itulah sebabnya harga tambang terpaksa dinaikkan untuk memberikan sedikit pendapatan kepada Mad Radhi dan juak-juak beliau. Dahsyat betul mereka ni.... Pantang ada peluang , semua dirembat oleh mereka. Patutlah tidak ada Pak Menteri yang nak datang program persatuan kerana mereka dah tahu bahana yang akan menimpa mereka jika mereka menghadiri program Silat Cekak Hanafi. Ini memberi imej yang amat buruk kepada pihak luar. Untuk memperkemaskan syarikat pelancongan yang baru ditubuhkan itu, Mad Radhi juga telah menghantar Saifol Murad untuk berkerja dengan Barakah Umhaj Travel untuk menimba pengalaman sebelum beliau mengambil alih dan menguruskan Syarikat Cahaya Nabawi Sdn Bhd sepenuhnya. Itulah perancangan MR sebenarnya. Tak percaya? Tanyalah Saifol Murad dengan syarikat mana beliau bekerja sekarang kalau bukan dengan syarikat Barakah Umhaj Travel! Mad Radhi akan terus membuat iklan lagi kepada ahli-ahli persatuan iaitu tahun depan akan dibuat lagi program umrah dan ziarah. Tahun depan program umrah lagi ’special’ katanya. Inilah tektik Mad Radhi selama ini. Beliau mengambil kesempatan di tahap yang maksimum untuk menambah pendapatan beliau dan juak-juak beliau.…. Lepas ni tak tau lah macammana....
Beberapa peristiwa yang berlaku di tanah suci juga memeranjatkan Pak Kaduk sebenarnya. Kononnya Mad Radhi sangat arif dan tahu tentang semua perkara di tanah suci baik dari segi sejarah dan asal-usul sesuatu tempat tersebut. Ini membuatkan semua ahli rombongan merasa kagum atas kepandaian Mad Radhi. Semuanya berkata Mad Radhi ni memang betul-betul manusia terpilih dan bertaraf wali qutub lah gamaknya. Kalau bukan wali qutub, mungkin wali terkutuk lah kot….. Apakah sebenarnya yang berlaku. Kalau Pak Kaduk ceritakan perkara sebenar, lagi ramailah yang tercengang sampai 7 hari 7 malam tak boleh tutup mulut. Punya terperanjat yang amat sangat. Apa tidaknya, manusia yang dikatakan sebagai tahu semua ini sebenarnya adalah MANUSIA YANG PALING KUAT MEMBOHONG dalam dunia hari ini. Tahu atau tidak para pembaca sekelian muslihat Mad Radhi iaitu sehari sebelum ahli rombongan dibawa ke satu-satu tempat bersejarah di sekeliling Madinah mahupun Mekah, Mad Radhi telah terlebih dahulu pergi ke tempat tersebut bersama Mutawif. Mad Radhi serta beberapa juak-juak yang terpilih akan mendengar dahulu penerangan dari Mutawif tersebut dan bertanya soalan-soalan tertentu mengenai tempat-tempat bersejarah tersebut. Keesokan harinya, para rombongan akan di bawa ke tempat yang sama, dan kali ini Mad Radhi akan membuat penerangan terperinci sehinggakan dikatakan Mutawif pun tak tahu cerita apa yang diceritakan oleh Mad Radhi itu kononnya… Penerangan Mad akan dirakam pula dengan video. Kalau orang yang melihat video tersebut tentulah teramat kagumnya mereka melihatkan Mad Radhi yang amat bijaksana dan bijaksini itu. Itulah satu PEMBOHONGAN YANG MAHA HEBAT abad ini yang disusun oleh juak-juak Mad Radhi demi untuk meningkatkan kenyakinan ahli-ahli terhadap Mad Radhi ini.
Sungguh hebat dan licik mereka ini. Tetapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga. Di tanah suci pun mahu berbohong , ke mana lagi yang boleh kita percaya Mad Radhi ini. Manusia jenis apa Mad Radhi ni kita pun tidak tahu… tak tahu dari planet mana datangnya dia. Entah-entah manusia ke atau jembalang Mad Radhi ni sampai sanggup melakukan perkara-perkara tersebut. Oleh sebab itu Pak Kaduk tidak terkejut bila mendengar kes Mad Radhi mencabul dan ’menjilat’. Perkara ini sebenarnya adalah biasa dan merupakan makanan ruji Mad Radhi. Tiada apa yang pelik sebenarnya. Orang yang tak pernah tahu akan tingkah laku beliau sahaja yang akan terkejut. Yang lain tidak akan terkejut. Samalah juga halnya dengan ahli-ahli yang taksub dengan beliau. Semua mereka tidak tahu siapa Mad Radhi yang sebenar. Sebab itulah mereka tidak akan percaya bahawa Mad Radhi telah melakukan perbuatan sumbang yang memalukan. Apa yang mereka akan kata ialah itu FITNAH. Tidak ada modal lagi selain fitnah dan fitnah semata-mata. Tahukah Mad Radhi, jika orang di sekeliling beliau tahu siapa beliau sebenarnya, nescaya bila mati nanti akan dikencing oleh mereka ini di atas kubur beliau . Sedarlah…..
Untuk membuktikan bahawa Mad Radhi ini sebenarnya tidak ada apa-apa yang hebatnya ialah apabila rumah Mak Teh di Keramat dimasuki perompak pada tahun 1999. Habis barang kemas Mak Teh dan barang –barang berharga yang ada telah dirompak mereka. Selain dirompak, ahli keluarga yang ada di rumah pada waktu kejadian semuanya telah diikat . Termasuklah Abdul Ghani @ Wak Ang yang Pak Kaduk dengar sejak akhir-akhir ini kononnya amat garang dan akan pukul siapa yang mengatakan Mad Radhi telah mencabul… Nak pukul orang ke? Sendiri kena ikat tu dah lupa ke? Kalau hebat sangat kenapa tak dihentak perompak-perompak tersebut? Selain itu Aminuddin Dahalan yang sekarang ini ’sentiasa dekat dengan tuhan sambil berdoa supaya semua orang dilaknati tuhan’ juga tidak terlepas. Dia ingat dia bagus sangat ke minta orang kena laknat. Mana belajar ? Mad Radhi ajar ke? Awak pun kena ikat termasuklah bini awak sekali, Suraya@ mak Su. Ada apa komen? Mad Radhi pada waktu itu diam membisu seribu bahasa. Perkara ini juga telah disorok dan didiamkan dari pengetahuan umum. Kalau diketahui ramai, pastinya amat memalukan. Mana taknya, rumah guru dimasuki perompak. Ibu guru dan ahli keluarga diikat. Habis segala bomoh orang asli dicari untuk menilik….Apa cerita ni?
Peristiwa rumah dirompak ini sebenarnya adalah isyarat dari Allah swt. kepada kita semua sejak tahun 1999 lagi, tetapi kita semua tidak cermat menilai keadaan…Itulah, apa nak buat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian Mad Radhi yang untung. Duit dia dapat kebas, jilat pun dia dapat!… Hidup Mad Radhi.!
TAMAT
Biarlah...
BIARLAH kita miskin, daripada hidup mewah tetapi MENIPU harta orang lain,
BIARLAH kita bersederhana, daripada hidup BERGAYA tetapi hasil EHSAN orang lain
BIARLAH kita kita tidak pandai, daripada hidup sentiasa menipu mengatakan 'KITA TAHU'
BIARLAH orang suka kita kerana DIRI KITA, bukannya sebagai 'ORANG LAIN'...
BIARLAH...
BIARLAH...
BIARLAH...
BIARLAH Mad Radhi hanyut bersama juak-juaknya.