Benarkah Mad Radhi tidak tahu menahu tentang kereta Mercedes WFT 7? Siri 2

2006/10/01

Mohd Daud dikenakan tindakan muflis?

Namun masalah besar sedang menanti. Pihak bank sedang mencari kereta tersebut kerana sudah lama tidak dibayar ansuran bulanannya. Siapakah yang diburu oleh pihak bank? Tidak lain tidak bukan sahabat Mad Radhi yang cukup setia iaitu Mohd Daud Sutan yang telah digunakan nama beliau untuk pinjaman bank. Laporan polis tentang kemalangan tersebut tidak dibuat kerana takut menjadi masalah yang lebih besar disebabkan menggunakan insuran palsu. Pihak bank juga tidak diberitahu tentang kemalangan tersebut. Oleh kerana Kailmas (M) Sdn Bhd sudah tidak wujud (syarikat yang menjadi penjamin melalui Directors Guarantee), pihak bank tidak mempunyai pilihan selain meminta penama pinjaman (Mohd Daud) untuk membayar pinjaman. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil terhadap beliau.

Pihak bank telah menghantar notis kepada Mohd Daud Sutan supaya membayar hutang yang tertunggak. Malah mereka telah pun dalam proses untuk mengambil tindakan muflis terhadap Mohd Daud Sutan. Bolehkah kita fikirkan apa akan terjadi kepada Mohd Daud dan keluarga beliau jika dikenakan tindakan muflis? Kita semua tahu akan akibatnya...Sekarang ini Nor Azlan Shah (Peguam) sedang membantu Mohd Daud supaya tidak dikenakan tindakan muflis tersebut. Harapan kita perkara ini tidak sampai ketahap yang parah. Kalau nak harap Mad Radhi membantu, malam lah rasanya....

Hutang kepada pihak bank

Ada baiknya dilihat berapa jumlah sebenar yang dituntut oleh pihak bank? Mengikut siasatan Pak Kaduk, dari keseluruhan pinjaman sebanyak RM290,000.00 itu, sebanyak RM114,000.00 telah dibayar oleh Mad Radhi melalui ansuran bulanan dalam masa hampir dua tahun. Sehingga surat tuntuan dari Maybank Finance yang diterima oleh Mohd Daud, jumlah tuntutan adalah sebanyak RM218,000.00 yang perlu dibayar (jumlah ini adalah selepas diskaun yang diberikan oleh pihak bank. Jumlah sebenar yang dituntut termasuk faedah adalah sekitar RM350,000.00). Persoalannya siapa yang nak bayar jumlah yang begitu besar? Adakah Mohd Daud yang perlu bayar? Dimanakah keadilannya jika Mohd Daud dipaksa membayar jumlah tersebut sedangkan nama beliau telah digunakan oleh Mad Radhi untuk mengambil pinjaman. Malah beliau juga berhadapan dengan tindakan muflis oleh pihak bank. Siapa yang harus bertanggungjawab? Jawapannya amat mudah, tidak ada orang lain yang perlu bertanggungjawab kecuali Mad Radhi sendiri.

Status sekarang

Jadi apakah kesudahan ceritanya tentang kereta WFT 7 ini? Amat berat selagi Mad Radhi mengambil sikap lepas tangan. Beliau telah menganiaya anak murid beliau. Manusia seperti ini tidak layak menjadi pemimpin dan tidak boleh dibiarkan hidup selesa di atas kesengsaraan orang lain. Kereta tersebut masih berada dibengkel hingga sekarang. Pihak bengkel menuntut baki bayaran kos membaiki kereta sebelum dilepaskan keluar dari bengkel. Tetapi sehingga hari ini, kita tidak tahu apakah kesudahannya.

Kesimpulan

Kes kereta WFT 7 ini menghuraikan banyak persoalan tentang keperibadian Mad Radhi. Beliau adalah seorang pembohong yang licik apabila mengatakan kereta tersebut hasil pemberian seorang kontraktor dari Brunei. (Persoalannya kenapa beliau berbohong? Beliau berbohong untuk mengabui mata Mak Teh dan ahli keluarga Ustaz Hanafi untuk mengatakan beliau sebenarnya tidak ada duit. Duit hasil dari menjadi Guru Utama tidak seberapa, jadi tidak bolehlah dikongsi dengan keluarga). Beliau telah menganiaya anak murid dengan tidak mengambil tahu tentang masalah mereka walaupun tindakan mereka hanyalah untuk membantu Mad Radhi. Beliau adalah manusia yang tidak bertanggungjawab, tidak berhati perut dan manusia yang rendah peribadinya dan sudah semestinya tidak layak menjadi pemimpin kepada satu pergerakan yang murni.

Cerita di atas hanya selingkar dari banyak kisah yang berkaitan dengan tindak tanduk dan peribadian seorang manusia yang pernah disuatu ketika dahulu disanjung dan ditatang dengan penuh kasih. Apa-apa kesilapan dan kekurangan beliau yang ada akan ditutup rapat oleh mereka-mereka yang berada disekeliling beliau. Hatta jawatankuasa pusat juga ’berpeluh seluruh badan’ berkerja keras untuk mengawal dan mengangkat imej Mad Radhi ke tahap yang amat dikagumi. Tetapi apakah balasan beliau? Beliau tidak bersyukur di atas nikmat yang beliau perolehi. Beliau angkuh dengan kedudukan beliau sebagai Guru Utama. Beliau beranggapan tiada siapa yang boleh menegur Guru Utama dan beliau berkuasa atas segala-galanya. Beliau telah lupa kepada asas perjuangan yang diasaskan oleh Ustaz Hanafi malah mengkianati perjuangan yang suci ini. Beliau lemas dalam ledakan hawa nafsu yang tidak terkawal dan beliau sebenarnya telah menjadi ’MURTAD’ kepada pejuangan ayahanda beliau sendiri.

Saudara-saudara ku, renungilah sejenak. Jika kes kereta ini pun boleh di tipu dan dipusingkan faktanya oleh Mad Radhi, apakah kes mencabul kehormatan yang hangat diperbincangkan sekarang ini tidak boleh beliau pusingkan? Segala-galanya mungkin. Beliau secara liciknya memusingkan fakta mengatakan beliau difitnah dan orang lama hendak menjatuhkan beliau. Sedarlah wahai Mad Radhi, kejatuhan mu bukanlah disusun atau dikonspirasikan oleh sesiapa, TETAPI ADALAH ANGKARA PERBUATAN DIRIMU SENDIRI. BERTAUBATLAH SEBELUM TERLAMBAT.

Insaflah wahai manusia, dunia ini hanya singgahan sementara, akhirat jualah yang kekal abadi. Jangan dipersiakan hidup yang pendek ini, berbuat baiklah sesama manusia, nescaya kita semua dirahmati.

Kita perlu bersyukur kepada nikmat yang anugerahi ilahi. Jangan kita angkuh dan lupa diri. Juga jangan dicaci mereka yang ’sepi’. Kerana jika kita mungkir, nikmat itu ditarik, dan di kala itu barulah kita sedar yang kita sudah tersilap ’kaki’
Cara Mad Radhi menjawab isu semasa samalah seperti seorang yang sedang berusaha bersembunyi di sebalik sehelai lalang dan beranggapan bahawa dirinya tidak kelihatan. Apa bezanya dengan anak kecil yang menutup matanya, lalu berkata kepada bapaknya: Bapak, cari dimana saya sekarang....

Catat Ulasan