Benarkah Mad Radhi tidak tahu menahu tentang kereta Mercedes WFT 7? Siri 1

2006/10/01

Amat melucukan seseorang yang memandu sebuah kereta mewah selama hampir dua tahun tidak mengetahui tentang asal-usul kereta tersebut dan bagaimana ianya diperolehi. Mengikut cerita oleh Mad Radhi sendiri, beliau tidak tahu menahu tentang kereta ini sehinggalah pada suatu hari pada tahun 1997, apabila beliau pulang ke rumah beliau di Taman Melawati, beliau dapati ada sebuah kereta Mercedes WFT 7 diletakkan di bawah di tempat letak kereta di apartment beliau. Menurut beliau , juak-juak beliau hendak buat ’surprise’ kepada beliau.

Dalam keadaan yang lain pula, diceritakan kepada rakan-rakan, orang-orang lama, ahli-ahli keluarga Ustaz Hanafi termasuk Mak Teh bahawa kereta tersebut dihadiahkan oleh seorang kontraktor dari Negara Brunei Darul-Salam atas bantuan beliau untuk mendapatkan projek. Di masa dan tempat yang lain pula, beliau mengatakan bahawa beliau membeli kereta tersebut secara tunai pada harga RM75,000.00. Jadi cerita yang mana satu yang benar?

Pak Kaduk meluangkan sedikit masa untuk menyiasat perkara ini untuk tatapan umum apakah cerita yang sebenarnya disebalik cerita WFT 7 ini? Melalui Jabatan Penyiasatan Pak Kaduk, didapati kereta tersebut bukanlah hasil sumbangan sesiapa, tetapi dibeli pada tahun 1997 oleh Mad Radzi dengan mengambil pinjaman bank (pinjaman awal dengan Sime Finance, Jalan Ampang tetapi selepas melalui proses penggabungan institusi kewangan, pinjaman ini diambil alih oleh Maybank Finance, Dataran Maybank, Jalan Bangsar). Nama Encik Mohd Daud Sutan digunakan sebagai mewakili Kailmas (M) Sdn Bhd. Mohd Daud Hj Sutan merupakan salah seorang Pengarah syarikat berkenaan bersama-sama dengan Mad Radhi Hj Hanafi, Saifol Abdul Murad dan Zamri Hassan. Kesemua mereka termasuk Mad Radhi Hj Hanafi telah menandatangi dokumen sebagai penjamin syarikat (Directors Guarantee) bagi permohonan pinjaman bank untuk kereta Mercedes WFT 7.

Nota# Sekarang ini syarikat Kailmas (M) Sdn Bhd sudah ditutup.


Nombor Pendaftaran WFT 7

Nombor Pendaftaran WFT 7 telah dibeli dengan harga RM30,000.00 atas nama Mad Radhi, namun disebab pihak bank tidak meluluskan pinjaman atas nama Mad Radhi, nama alternatif telah dicadangkan. Oleh itu nama Mohd Daud Sutan telah diguna pakai. Mad Radhi telah menulis surat kepada Pengarah JPJ untuk memindahkan nombor pendaftaran yang dibeli iaitu WFT 7 kepada nama Mohd Daud Sutan kerana nama Mohd Daud telah digunakan untuk pinjaman bank.

Pinjaman bank

Jumlah pinjaman bank yang diambil adalah sebanyak RM290,000.00. Bayaran muka yang dibuat adalah sekitar RM54,000.00 (Nota# Duit bayaran muka ini adalah hasil pinjaman peribadi Mohd Daud dari rakan karib beliau di pejabat tempat beliau bekerja, namun cek yang dikeluarkan adalah atas nama Yusaini Sidek bagi pihak Mad Radhi. Mad Radhi dan juak-juak berjanji untuk membayar duit tersebut tetapi hanya membayar sebahagian sahaja. Mohd Daud juga dipanggil oleh pihak pengurusan tempat beliau bekerja atas masalah hutang ini dan melalui penyelesaian kedua-dua pihak, gaji bulanan Mohd Daud dipotong untuk membayar hutang tersebut. Ini lagi kes naya! Orang lain pinjam, orang lain yang perlu bayar). Bayaran ansuran bulanan adalah lebih RM6,000.00 sebulan. Mampukah Mad Radhi membayar ansuran bulanan tersebut? Sebenarnya beliau mampu tetapi mempunyai ‘budget’ yang agak ketat. Untuk meringankan beban beliau, juak-juak beliau pada waktu tersebut berpakat membuat kutipan bulanan untuk menampung kos ansuran bulanan. Azman Johan telah menjadi Bendahari yang mengkordinasikan kutipan bulanan untuk membantu Guru yang mereka kasihi. Ramai juga yang membantu termasuklah rakan-rakan dari Cawangan Johor. Semua ini dilakukan demi untuk menaikkan imej Guru Utama....

Kemalangan 1999 dengan menggunakan insuran palsu

Mad Radhi telah menggunakan kereta tersebut hampir dua tahun dan membuat bayaran ansuran bulanan dengan sebahagiannya ditampung oleh juak-juak beliau. Ini bermakna beliau tahu tentang status kereta tersebut, berapa bayaran bulanan dan sebagainya. Ini bertentangan dengan cerita beliau yang beliau tidak tahu menahu tentang kereta tersebut. Beliau menggunakan kereta tersebut sehinggalah pada tahun 1999 apabila kereta yang dipandu oleh Mad Radhi terlibat dengan kemalangan semasa perjalanan pulang ke Johor. Beliau ke Johor untuk terlibat dengan program Lawatan Zon Selatan anjuran MMK pada tahun tersebut. Mad Radhi dan semua keluarga beliau terselamat dengan hanya luka-luka kecil, tetapi kereta yang dipandu beliau rosak teruk. Sebenarnya Cukai Jalan kereta tersebut telah luput tarikh dan memerlukan sekitar RM10,000.00 untuk membeli insuran. Untuk menjimatkan duit, atau mungkin disebabkan kesempitan wang, Mad Radhi telah memberikan wang sebanyak RM350.00 kepada Mohd Sahat Ab Rahim dan Saifol Murad dan mereka telah pergi ke Maybank Finance, Subang Jaya dan melalui kenalan Mohd Sahat di sana, mereka telah berjaya mendapatkan insuran palsu untuk memperbaharui Cukai Jalan kereta Mercedes WFT 7.

Selepas kemalangan

Selepas berlaku kemalangan, beberapa ahli-ahli persatuan telah membantu antara yang terlibat secara langsung ialah Mohd Daud Sutan dan ASP Raus yang ketika itu bertugas di Balai Polis Batu Pahat. Kereta tersebut telah ditarik ke sebuah bengkel di Batu Pahat yang kemudiannya pula dibawa ke satu bengkel di Kajang atas usaha Mohd Daud, Saifol dan Roslan Abdul Rashid kerana Roslan mengenali rapat pengusaha bengkel tersebut. Kos keseluruhan membaiki kereta tersebut adalah sekitar RM90,000.00. Sepatutnya kos tersebut ditanggung oleh pihak insuran, namun disebabkan kereta tersebut tidak mempunyai insuran (kerana telah menggunakan insuran palsu), maka kos tersebut terpaksa dibayar oleh Mad Radhi sendiri. Sayugia juga diingatkan bahawa selepas kemalangan tersebut, bayaran ansuran bulanan kepada pihak bank telah tidak dibayar oleh Mad Radhi.

Kos membaiki kerosakan

Sebahagian kos membaiki kereta tersebut telah dibayar oleh Roslan A Rashid (YDP Selangor) iaitu sekitar RM30,000.00 dengan mendahulukan wang beliau (siapa nak bayar balik duit beliau ini?). Baki yang perlu dibayar kepada bengkel adalah sekitar RM60,000.00. Kereta tersebut telah tersadai di bengkel di Kajang sejak tahun 1999 hinggalah sekarang. Ini bermakna kereta tersebut tersadai lebih 6 tahun. Mad Radhi tidak mengambil tahu tentang perkembangan kereta tersebut. Beliau sebaliknya telah membeli sebuah lagi kereta mewah Toyota Estima pada harga sekitar RM200,000.00. Kali ini beliau menggunakan nama beliau untuk membuat pinjaman bank. Kepada ahli-ahli dan rakan-rakan serta keluarga beliau telah beliau bohong mengatakan bahawa kereta Mercedes WFT 7 telah dijual.

bersambung siri 2

Catat Ulasan